Alhamdulillah Outing Candid Handphone di Tamu Kota Belud telah berjaya diadakan dan ucapan terima kasih juga diberikan buat Datuk Salleh dan Ghazali Azim yang bersusah payah menyediakan makanan untuk sahabat sahabat Jebat.Net Photography.Sambutan yang begitu baik dari pihak sahabat sahabat di Kota Belud telah menyebabkan ramai sahabat sahabat yang meminati bidang fotografi keluar bersama sama Jebat.Net Photography untuk santai bersama kami.Ucapan terima kasih kepada Grey, Ekin, Mira, Pg, Yusnie, Eyka, Ally cha, Sue, Kidd, Azizul, Yusdi, Nyssa, LP, Salie, Cicak, Jonnjay dan semua sahabat sahabat yang menjayakan program Outing Candid Kamera HP di Tamu Kota Belud.Sedikit ucapan terima kasih dari Ghazali Azim kepada Jebat.Net Photography kerana kesudian kami berada di Pekan Cowboy Kota Belud ini.Ucapan terima kasih dari Datuk Salleh Said juga telah disampaikan oleh Ghazali Azim kepada kami.Makan minum dan sambutan yang cukup baik ini pun sudah cukup berharga buat kami.Terima Kasih Kota Belud !
+ 0
+ 1
Comments
RSS feed for comments to this post.