Google+

WORKSHOP PHOTOJURNALISM AHIM RANI

Jebat Photography Club baru sahaja selesai membuat Bengkel Photojurnalism asas yang berkisar dengan asas Photo Essay dimana diadakan di Bintulu, Sarawak.Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada ahli JPC Bintulu, Sarawak yang baru dengan makna Photojurnalism dan Photo Essay yang diterapkan dalam JPC selama ini.Ahim Rani adalah mentor yang didatangkan khas daripada Negara Brunei Darussalam sangat memberikan tumpuan kepada mereka ini dengan memberikan tugasan serta teguran yang membina untuk mereka membetulkan apa yang silap dengan photo essay yang mereka laksanakan.

Ahim Rani juga seorang fotojurnalis Reuters yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam amat berpuashati dengan pencapaian ahli JPC di Bintulu, Sarawak yang begitu mudah memahami kehendak photo essay yang diberikan kepada mereka.Ahim berpesan mereka hanya perlu membuat banyak latihan supaya mata mereka dapat melihat dengan baik dan faham dengan kehendak asas fotografi dalam photo essay selain daripada cerita yang ingin disampaikan.Beliau juga mengucapkan Tahniah kepada JPC dan JPC Bintulu Sarawak kerana berjaya memberikan tumpuan serta menjadikan Bengkel ini dapat dilaksanakan.

Mohd Idremzizan yang juga President JPC sangat berpuashati dengan JPC Bintulu kerana mereka bukan sahaja dapat belajar bagaimana mengurus satu aktiviti tetapi mereka juga dapat belajar menguasai dan memahani bagaimana melaksanakan photo essay.Memang menjadi tumpuan dalam JPC mereka akan dapat belajar mengurus, menguasai teknikal, membuat pasaran gambar yang mereka ditugaskan dan berurusan dengan pihak antarabangsa dalam memahami photo essay diluar negara.Tahniah juga kepada JPC Bintulu yang tidak banyak dikomen semasa photo discussion bersama Ahim Rani ini bermakna anda hanya perlu membuat banyak latihan untuk photo essay akan datang.Ucapan tahniah juga kepada sahabat Awangku Muhammad kerana berjaya bersama AJK JPC Bintulu mengendalikan Workshop Photojuranlism.

 

Awangku Ahmad Fairuz 

Pengerusi JPC Bintulu, Sarawak Awangku Muhammad

Penyampaian cenderhati daripada President JPC Mohd Idremzizan kepada Mentor JPC di Bintulu, Sarawak Ahim Rani.

 

Pihak JPC mengucapkan terima kasih kepada Grey Nana dan Awang Shahrin kerana sudi hadir memberikan sokongan kepada JPC Bintulu dengan aktiviti mereka pertama kali dengan mentor daripada luar negara.Tahniah semua. 

Photo Aktiviti Workshop Photojurnalism KLIK SINI 

Share

Leave your comments

0
  • No comments found