Google+

BASIC CLASS PHOTOGRAPHY

 

Terima kasih kepada pihak Kementerian Pembangunan Sumber & Teknologi Maklumat, Sabah yang telah memberikan kerjasama untuk aktiviti "Basic Class Photography" yang diadakan di Kota Kinabalu dengan kehadiran seramai 70 orang peserta dan turut dihadiri oleh pelajar sekolah rendah yang turut menjadi sekolah angkat Jebat Photography Club iaitu SK (c) Anglo Chinese.Kelas yang dikendalikan oleh JPC dengan mentor Mohd Shukur Jahar, Grey Nana & AD Khairil telah memberikan tugasan kepada kumpulan dengan begitu baik sekali.

Terima kasih juga kepada AJK yang sudi hadir membantu semasa aktiviti ini berjalan.Awangku Sufrie, Awangku Fairuz daripada Jebat Photography Club, Bintulu Sarawak.Awang Shahrin daripada Jebat Photography Club, Sipitang Sabah.Kelas yang bermula seawal 7 pagi dan berakhir sehingga 7 malam turut memberikan aktiviti praktikal kepada peserta yang terlibat.Banyak daripada para peserta datang untuk mendapatkan pengalaman untuk menguasai asas fotografi mereka.Diakhir kelas mereka ini menunjukkan betapa mereka memberikan komitmen yang tinggi kepada tugasan yang diberikan kepada mereka.

Share

Leave your comments

0
  • No comments found