Google+

TAHNIAH JPC BINTULU

Tahniah kepada JPC Bintulu dengan kejayaan mengadakan Street Camp Bintulu yang bertujuan membuat pendedahan asas kamera serta Street Photography kepada golongan belia yang baru mencuba genre ini.Seramai 40 orang peserta yang hadir mengikuti aktiviti yang dianjurkan semasa Pesta Layang Layang Antarabangsa Bintulu pada 26 September 2015.Yang turut membantu JPC Bintulu adalah Grey Nana dan AD Khairil dalam mereka menyusun organisasi fotografi menjadi lebih baik dan kemas.

Pengerusi JPC Bintulu Awangku Muhammad juga berasa berterima kasih kerana sokongan rakan rakan daripada Sabah dalam penganjuran aktiviti ini.Melihat kepada kejayaan JPC Bintulu dalam melaksanakan ini, mungkin akan cuba memikirkan aktiviti Street Camp yang akan mengambil masa 2 hari satu malam.JPC juga merancang untuk menjemput nama yang cukup berpengalaman dalam street photography, photojurnalism & documentari untuk bersama sama di Bintulu dalam aktiviti akan datang.

Kerjasama yang ditujukan oleh warga Bintulu dalam menjayakan aktiviti ini sangat dipuji kerana semangat mereka untuk melihat aktiviti ini berjaya perlu dicontohi.Tahniah kepada Awangku Muhammad, Aiif, Awangku Sufrie, Awangku Fairuz, Haikaz, Nani, Ismail, Azizul Rahman, Kasturi Bintang Hati, Haffiz, Khalid, Piniey, Sophie, Akmal, Lee Ka Sim dan semua yang terlibat.
 

STREET CAMP BINTULU 
JPC BINTULU 
Share

Leave your comments

0
  • No comments found