Google+

WORKSHOP SERIES PHOTOJURNALISM VOL.2 SHAMSHAHRIN KOTA KINABALU

Workshop Series Photojurnalism Vol.2 Shamshahrin Kota Kinabalu

Jebat Photography Club baru sahaja selesai melaksanakan satu program Bengkel Siri Fotojurnalisme yang dikendali oleh seorang fotojurnalis saudara Shamshahrin Shamsudin di Kota Kinabalu.Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melahirkan para jurufoto yang cenderung kepada foto dokumentari yang bakal melibatkan SABAH pada masa akan datang. Jebat.NET yang telah merancang beberapa siri bengkel seperti ini untuk tahun seterusnya akan cuba melahirkan jurufoto anak tempatan yang dapat berkongsi keunikan dan keindahan SABAH kepada dunia luar.

Pengerusi Jebat Photography Club, Mohd Idremzizan Idris berkata dengan adanya aktiviti ini kelab dapat fokus dengan lebih kepada kualiti penghasilan pembelajaran dan dapatan mereka dalam bengkel untuk satu tujuan yang khusus.Namun ucapan terima kasih juga diberikan kepada Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam yang turut menghantar wakil pada aktiviti tersebut.Rosmali Hj Samail yang juga mewakili Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam turut berterima kasih kerana diberikan peluang untuk mengikuti bengkel yang sangat bernilai sekaligus dapat berkongsi kebudayaan negara Brunei melalui latihan dan tuju ajar saudara Shamshahrin Shamsudin dalam bengkel tersebut.
 
Bengkel yang dilaksanakan selama 3 hari di Kota Kinabalu ini mengajar bagaimana asas dan pengertian dokumentari dibuat dan diterima oleh agensi luar sebagai bahan bacaan utama.Ini sangat penting untuk digunakan buat SABAH dalam menyampaikan cerita yang ada dengan kebudayaan yang dimilikinya.
 

Jebat Photography Club selepas ini akan bakal bersama seorang jurufoto, pengkaji, kurator yang profesional daripada Sinagpura untuk satu lagi siri Bengkel Projek yang lebih mendalam yang bakal dilaksanakan di Kota Kinabalu pada bulan Jun nanti.

 

 

<p style="text-align: center;" alt="\"\\"\\\\"\\\\\\\\"\\\\\\\\"\\\\"\\"\"" height:="\"\\"\\\\"\\\\"\\"\"" img="\"\\"\\\\"\\\\"\\"\"" src="\"\\"\\\\"\\\\\\\\"https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1.0-9/10151299_10151990606802111_8801139434485976665_n.jpg\\\\\\\\"\\\\"\\"\"" center;\"=""> <img alt="" src="https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1.0-9/10151299_10151990606802111_8801139434485976665_n.jpg" _cke_saved_src="https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1.0-9/10151299_10151990606802111_8801139434485976665_n.jpg"></p> <div alt="\"\\"\\"\"" class="\"\\"\\\\"\\\\\\\\"ajR\\\\\\\\"\\\\"\\"\"" data-tooltip="\"\\"\\\\"\\\\\\\\"Show\\\\"\\"\"" div="\"\\"\\\\"\\\\"\\"\"" height:="\"\"" id="\"\\"\\\\"\\\\\\\\":1l6\\\\\\\\"\\\\"\\"\"" img="\"\"" role="\"\\"\\\\"\\\\\\\\"button\\\\\\\\"\\\\"\\"\"" src="\"\\"http://s22.postimg.org/g2clp9yht/AGM.jpg\\"\"" style="\"\\"width:\"" tabindex="\"\\"\\\\"\\\\\\\\"0\\\\\\\\"\\\\"\\"\"" trimmed="\"\\"\\\\"\\\\"\\"\"">  </div> <p></p>

Share

Leave your comments

0
  • No comments found