Google+

STREET CAMP WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

 

 

Street Camp Wilayah Persekutuan Labuan telah dilaksanakan baru baru ini dan kehadiran admin Papar Yuzie Yusoff, admin Sipitang Awang Shahrin telah memberikan semangat kepada para sahabat lain untuk turut sama mengikuti Street Camp Wilayah Persekutuan Labuan yang juga memberikan sokongan kepada Photo Discussion yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Media Labuan dimana melibatkan perkongsian diantara Geng Kaki Foto, Jebat Photography Club dan Maheez Photoshop Malaya.Ini adalah salah satu aktiviti yang perlu diteruskan kerana dapat membuat satu majlis ilmu berkaitan dengan fotografi dan sekaligus membuat perjumpaan menemukan sahabat sahabat yang sama mempunyai minat dalam fotografi untuk bertukar tukar pandangan dan idea berkaitan dengan tugasan masing masing dalam seni fotografi.

Jebat Photography Club bersama Djasz Freestyler yang kini banyak menumpukan perhatian kepada persediaan perkahwinannya yang bakal dilangsungkan pada 29 Mac 2013 tidak lama lagi.Tahniah Djasz, pengalaman dia bersama Jebat.Net telah pun dikongsikan olehnya semasa discussion pada malam tersebut, dia turut memberikan semangat kepada sahabat sahabat yang baru jangan cepat putus asa dan ambil hati dengan perkara yang ditegur.

Perbincangan bersama Jebat Photography Club menyentuh kepada hal tuju karya mereka kemana dan apa perancangan mereka sendiri untuk karya mereka dalam fotografi yang mereka minati, semua mereka diminta untuk memberikan penerangan apa yang mereka harapkan apabila berada dalam Jebat Photography Club.Maheez Photoshop Malaya juga turut sama sama memberikan input yang sangat sangat berguna buat mereka yang baru bermula dengan dunia fotografi.Namun yang pasti bila gambar kita berkualiti bukan hanya genre wedding sahaja yang boleh dijual dalam fotografi tetapi juga photojurnalisme andai tahu dan belajar dengan mereka yang betul untuk membuat PJ yang sangat cemerlang.

 

Tarikh : 28, 29 - 30 Disember 2012
Lokasi : Wilayah Persekutuan Labuan
Aktiviti : Photo Discussion & Street Camp
Share

Leave your comments

0
  • No comments found