Google+

BENGKEL STREET PHOTOGRAPHY CHEMAT

 

Alhamdulillah, satu lagi aktiviti Jebat Photography Club berjaya dilaksanakan dan bakal menjadi Workshop Series Street Photography bersama Chemat di Kota Kinabalu pada tahun hadapan.Bengkel yang memberikan gambaran yang cukup jelas dan tepat kemana Street Photography ini akhirnya kita bawa.Cukup beliau memberikan gambaran jelas beza antara Snapshot dengan satu tugasan Street Photography yang lebih kepada 'body of work'.Kejayaan bengkel ini telah memperlihatkan bagaimana penerimaan pihak sekolah untuk menerima aktiviti Street Photography sebagai satu aktiviti sekolah mereka pada tahun hadapan.Tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak RICOH yang telah menaja Open Outing Street Photography bersama Chemat ini, tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih juga kepada mereka yang sudi hadir bersama sama Jebat Photography Club untuk open outing di Gaya Street, Kota Kinabalu.

 
Share

Leave your comments

0
  • No comments found