Google+

DAY WITH A TALENT TENOM

 

Aktiviti yang telah dijayakan dengan begitu cemerlang sekali oleh Jebat Photography Club ialah 'A Day With A Talent TENOM' yang melibatkan para sahabat dan rakan Jebat.Net di daerah TENOM selama 2 hari kedatangan Jebat Photography Club disana.Satu daerah yang berada di pendalaman Sabah telah menjadi lokasi untuk outing Jebat.Net pada kali ini.Jebat.Net yang telah turun daripada Kota Kinabalu seramai 10 orang turut membuat perkongsian dan bersama sama  sahabat Jebat.Net Tenom Chapter yang melaksanakan aktiviti tersebut.

 

Aktiviti ini telah memberikan peluang kepada ahli Jebat Photography Club untuk sama sama mengenali daerah Tenom yang cukup terkenal dengan kopinya.Satu daerah yang majoritinya berbangsa murut yang turut menggunakan nama pahlawan mereka Antanom sebagai nama daerah mereka.

A Day With A Talent TENOM telah dilaksanakan pada 6 Oktober 2012 itu melihat sebanyak hampir 30 orang para sahabat yang meminati fotografi telah membuat kumpulan untuk membuat penyelesaian tugasan yang telah diberikan kepada mereka dalam masa beberapa jam.Hasil daripada tugasan tersebut telah dikomentarkan oleh Awan Setiawan dan Lensa Pemburu.Manakala pada 7 Oktober 2012 Jebat Photography Club telah sama sama membuat karya Street Photography di tamu pekan Tenom.

Tahniah kepada semua para sahabat yang terpilih untuk menjadi karya terbaik dalam 'A Day With A Talent TENOM' moga ianya memberikan semangat kepada para sahabat Jebat.Net untuk terus berkarya.Terima kasih juga buat Stann, Jonn Jay, Along & Ken Lee yang membantu Jebat.Net di Tenom.

 
Share

Leave your comments

0
  • No comments found